fbpx
back to school, abc, school enrollment

Aktiviti tambahan untuk kanak-kanak di sekitar Bangi

Bagi mereka yang duduk di kawasan Bangi, Kajang atau Serdang, tanpa anda sedari banyak aktiviti untuk kanak-kanak yang boleh anda bawa pada hujung minggu atau waktu malam sekiranya anda ingin meningkatkan perkembangan anak-anak anda. Tambahan pula musim cuti sekolah yang akan datang, berikut adalah pilihan aktiviti untuk kanak-kanak yang kami pilih untuk kongsikan:

Kelas Mandarin Tanyalah Laoshi

Kelas bahasa Mandarin Tanyalah Laoshi diajar oleh guru bahasa mandarin yg terlatih dari negara tembok besar. Aktiviti sudah dikhaskan untuk kanak-kanak, mereka akan diajar membaca, menulis dan bercakap. Kami pernah lihat kelas laoshi, ada aktiviti menggunakan bahan digital dan juga bahan fizikal.

Lawati mereka : https://www.facebook.com/TanyalahLaoshiKelasMandarin/

Kelas Kanak-Kanak Dewdemy

Kami mula-mula tahu mengenai Dewdemy melalui kelas bahasa Jepun mereka. Rupa-rupanya mereka anjurkan pelbagai kelas untuk kanak-kanak seperti kelas memasak, kelas mewarna menggunakan tona menggunakan teknologi Augmented Reality dan sebagainya. Kami tertarik dengan kelas cef cilik mereka anak-anak diajar dari mula termasuk kemahiran membeli barang-barang untuk masakan.

Lawati mereka : https://www.facebook.com/dewdemy/

Kelas Kanak-Kanak Jump and Jive Juniors

Kelas Jump & Jive dikendalikan oleh seseorang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan awal. Antara kelas yang kami gemari ialah kelas STEAM (Sains dan Teknologi) dan Sensory Arts (lukisan). Mereka juga boleh membantu menganjurkan pakej hari jadi jika ada ibu-bapa yang ingin menganjurkan aktiviti untuk majlis hari jadi anak-anak mereka.

Lawati mereka : https://www.facebook.com/pg/jumpjivejuniors

Aisha Kidz Planet

Terletak berhampiran dengan ibu pejabat kami, di sini terletaknya taman permainan indoor yang ibu-bapa boleh bawa mereka ke mari pada hujung minggu. Mereka menyediakan pelbagai pakej seperti bayaran harian, bulanan atau tahunan. Selain itu anda juga boleh menggunakan tempat ini jika ingin anjurkan upacara hari-jadi.

Lawati mereka:

https://www.facebook.com/Aisha-Kidz-Planet-BBB-219190175384367/

Diharapkan kami dapat membawa aktiviti ini di tempat kami di Common Room Bangi. Selain itu, Anak2U dengan kerjasama Common Room Bangi ingin mempelawa sekiranya ada di antara Tuan Puan yang ingin menganjurkan aktiviti kanak-kanak di Bangi Common Room menggunakan tempat percuma pada hari Sabtu dan Ahad pagi, atau pada waktu malam hari bekerja, seperti kelas mengaji, playgroup, kelas muzik dan sebagainya. Ada sedikit terma dan syarat. Boleh hubungi kami jika Tuan-Puan berminat ye !

Whatsapp kami di: https://wa.me/60146584941

× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap