fbpx
reading, bed, flashlight

Pembelajaran secara digital dan interaktif

Kita dapat lihat guru-guru semakin kreatif dan menerima digitalisasi dalam pembelajaran harian mereka, terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Bergerak ini. Ada yang menggunakan video, memberi tugasan melalui aplikasi, memberi pautan-pautan ke laman web lain dan ada yang mengunakan konferens video.

Diharapkan proses digitalisasi ini tidak berakhir di sini sahaja, diteruskan juga setelah tempoh PKP tamat, terutamanya dalam pengurusan tadika dan taska.

Dikongsikan permainan-permainan digital dan interaktif yang dibina oleh Anak2U pada minggu ini yang boleh digunakan untuk pembelajaran harian anak-anak, untuk setiap aktiviti boleh tekan butang hijau untuk mula:

Minigame kira nombor 1-10

Minigame untuk pelajari operasi tolak

Minigame operasi tambah

Minigame puzzle Anak2U (untuk dilakukan bersama ibu-bapa)

Minigame mencari pasangan - Haiwan peliharaan

Pastinya aktiviti ini boleh dilengkapi dengan lembaran kerja Anak2U yang mengajar lebih lengkap lagi konsep-konsep yang perlu diketahui oleh anak-anak.

Pihak kami akan menyediakan lebih banyak lagi aktiviti digital untuk anak-anak. Jika anda ada apa-apa cadangan boleh tinggalkan di bahagian komen.

× How can I help you?
5 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap